• 1 Crude Oil & Petroleum
    Is a natural product that is extracted from mineral deposits and consists essentially of many different non-aromatic hydrocarbons (paraffinic, cyclonic, etc.).
  • 2 Electricity Production
    Is the flow of electrical power or charge and one of our most widely used forms of energy. Electricity is a secondary energy source, also referred to as an energy carrier. Electricity is produce from the conversion of other sources of energy such as coal, gas or solar energy.
  • 3 Natural Gas
    Is a mixture of gaseous hydrocarbons (mainly methane), which occurs in either gas fields or in association with crude oil in oil fields.
  • 4 Coal & Coke
    Solid fuels consisting essentially of carbon, hydrogen, oxygen and sulphur. Coal in the energy balance is mainly bituminous coal and some anthracite. Coke is obtained from coal by heating at high temperature in the absence of air.
  • 5 Liquefied Petroleum Gas (LPG)
    Commercial LPG consists essentially of a mixture of propane and butane gases which are held in the liquid state by pressure or refrigeration.
  • 6 Hydropower
    Is the inferred primary energy available for electricity production and is shown in terms of conventional fossil fuel equivalent using the average thermal efficiency of conversion for the year.
MAKLUMAN PENGUATKUASAAN KRITERIA DAN KEPERLUAN DOKUMEN PERMOHONAN LESEN (BAWAH 5MW)

Berkuatkuasa serta-merta, sila rujuk kriteria dan keperluan dokumen terkini (Criteria & Documents Requirement For License Application) bagi permohonan lesen (bawah 5MW). Mana-mana permohonan yang tidak mencukupi kriteria dan tidak mengemukakan dokumen yang diminta dianggap tidak lengkap dan akan ditolak.
MAKLUMAN 
Adalah dimaklumkan bahawa Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016 telah mula berkuat kuasa pada 16 Januari 2017. Sehubungan dengan itu, aplikasi dalam talian (e-Gas) bagi permohonan lesen telah ditambah baik selaras dengan pindaan Akta tersebut.
BAYARAN FI PEMPROSESAN
  1. Adalah dimaklumkan bahawa fi pemprosesan bagi permohonan JG1, JG8, JG9, Lesen Awam dan Lesen Provisional perlu dibayar secara dalam talian (online) selepas klik butang Hantar pada borang permohonan.
  2. Status permohonan Draf akan dikemaskini kepada Baharu setelah maklumat bayaran dalam talian FPX berjaya dikemaskini ke sistem OAS. Manakala status bayaran fi akan dikemaskini kepada Bayar Atas Talian.
  3. Pemohon boleh mencetak borang permohonan selepas status permohonan dikemaskini kepada Baharu.
  4. Maklumat bayaran dalam talian secara terperinci boleh disemak pada menu Senarai Bayaran.
PENGUMUMAN 
OAS e-Electricity yang mula digunapakai sejak tahun 2013 telah melalui proses penambahbaikan sepanjang tahun 2016. Beberapa modul terkini telah diperkenalkan, antaranya;
  1. Borang Permohonan Lesen Persendirian (Kapasiti 5MW dan Ke Atas) & Lesen Awam
  2. Borang Permohonan Lesen Provisional
  3. Laporan Bulanan e-Penyerahan
  4. Fi Tahunan
Kini pengguna juga dapat melihat laporan bulanan e-penyerahan melalui paparan bergrafik.
PENGUMUMAN BAYARAN DALAM TALIAN:
  1. Pembayaran melalui kad kredit masih belum dilaksanakan ketika ini.
  2. Berkuatkuasa dari 7 Julai 2015, perkhidmatan FPX tidak lagi menyokong paparan Internet Explorer 6 (IE6) dan versi yang lebih rendah. FPX hanya menyokong Internet Explorer versi 7 ke atas dan juga versi Google Chrome, Firefox dan Safari. Pemberhentian sokongan adalah untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan urus niaga di Internet. Perkhidmatan IE6 atau lebih rendah mempunyai isu-isu keselamatan yang terdedah kepada virus, spyware dan malware.

Mengenai OAS

Sistem Aplikasi Dalam Talian (OAS) merupakan portal yang menyediakan kemudahan kepada syarikat dan individu untuk memohon lesen dan perakuan melalui borang dalam talian bagi jenis permohonan berikut:

  1. Lesen Awam (Fi pemprosesan sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap permohonan Lesen Awam)
  2. Lesen Persendirian (Bagi Kapasiti Pepasangan 5MW ke atas)
  3. Lesen Provisional (Fi pemprosesan sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap permohonan Lesen Provisional)
  4. Lesen Pengimportan ke Terminal Penggasan Semula
  5. Lesen Penggasan Semula
  6. Lesen Pengiriman 
  7. Lesen Pengangkutan
  8. Lesen Pengagihan
  9. Lesen Peruncitan
  10. Lesen Gas Persendirian
  11. Perakuan Kompeten dan Pendaftaran Orang Kompeten Gas
  12. Pendaftaran Kontraktor Gas
  13. Kelulusan Pengilang dan Pengimport Peralatan Gas
  14. Kelulusan Untuk Memasang Sistem Talian Paip Gas
  15. Kelulusan Untuk Mengendali Sistem Talian Paip Gas

Pihak syarikat dan individu perlu mendaftar sebagai pengguna sistem sebelum mengisi borang permohonan dan menghantarnya secara dalam talian. Permohonan secara dalam talian hanya sempurna apabila borang yang ditandatangan (hardcopy) dan lampiran lengkap (softcopy/hardcopy) diterima oleh pihak Suruhanjaya Tenaga untuk diproses.

Melalui OAS, pihak syarikat dan individu dapat menyemak perkembangan permohonan sama ada lulus atau sebaliknya. Disamping itu juga, OAS menyediakan kemudahan komunikasi dalam talian bagi membantu pemohon untuk membuat sebarang pertanyaan dan keraguan pada permohonan yang memerlukan justifikasi terperinci.

OAS memudahkan pembekal data daripada pemegang Lesen Penggunaan Gas, pemegang Lesen Awam dan Lesen Persendirian Lebih 5MW menghantar laporan bulanan dan suku tahunan secara dalam talian kepada Suruhanjaya Tenaga. Dengan OAS pembekal data akan menerima mesej peringatan untuk penghantaran laporan. Disamping itu juga, pihak pembekal data dapat menyemak laporan berkaitan untuk semakan dan pengesahan.


 

ELC