Panduan Pendaftaran dan Permohonan
OAS memerlukan pemohon mendaftar secara atas talian (online). Pengguna perlu mendaftar sebagai Syarikat (menggunakan No. ROC/ROB) atau Individu (menggunakan No. Mykad). Alamat emel akan digunakan sebagai ID Pengguna bagi sistem ini.
Sila lengkapkan maklumat Borang Permohonan No. Rujukan Khas untuk mendapatkan No. Rujukan Khas terlebih dahulu sebelum agensi Kerajaan dapat meneruskan proses pendaftaran pengguna. Berdasarkan borang tersebut, Helpdesk OAS akan memberi maklumbalas melalui e-mel atau menghubungi tuan/puan untuk pemberian no. rujukan khas sebagai menggantikan No. Pendaftaran Syarikat pada permohonan pendaftaran pengguna - syarikat.
Semua permohonan lesen e-Electricity perlu didaftarkan melalui Syarikat KECUALI pemegang lesen adalah dibawah nama Individu.