MAKLUMAN PENGUATKUASAAN KRITERIA DAN KEPERLUAN DOKUMEN PERMOHONAN LESEN (BAWAH 5MW)

Berkuatkuasa serta-merta, sila rujuk kriteria dan keperluan dokumen terkini (Criteria & Documents Requirement For License Application) bagi permohonan lesen (bawah 5MW). Mana-mana permohonan yang tidak mencukupi kriteria dan tidak mengemukakan dokumen yang diminta dianggap tidak lengkap dan akan ditolak.
MAKLUMAN PERMOHONAN LESEN BESS

Bagi permohonan Lesen BESS (LE8), sila rujuk kriteria dan keperluan dokumen terkini (Criteria & Documents Requirement For License Application Battery Energy Storage System). Permohonan yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan atau gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan boleh ditolak daripada diproses.