Panduan Bayaran Atas Talian
   Manual Pengguna - Bayaran Atas Talian


     Info Penting

  • Untuk membuat bayaran atas talian, sila matikan Popup Blocker pada pelayar (browser) anda.
  • Waktu Operasi FPX : 24 jam.
  • Untuk pembayaran melalui FPX, caj bank sebanyak RM 0.50 akan ditanggung oleh pemegang akaun untuk pembayaran melalui akaun individu dan
    RM 1.00 untuk akaun syarikat.
  • Senarai Perbankan Internet yang boleh dibayar melalui sistem bayaran online ini:

    FPX (Individu)
     
             
             
              


    FPX (Korporat)
     
             
             
           
     
  • Selepas proses pembayaran berjaya, sila cetak dan simpan slip bayaran untuk rujukan masa hadapan. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

 

TERMA DAN SYARAT BAYARAN ATAS TALIAN


 

Di bawah adalah syarat penggunaan Portal Pembayaran Atas Talian SURUHANJAYA TENAGA, serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan dilaman web ini.

 

Sekiranya anda mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa terma-terma dan syarat ini mengikat anda dan merupakan satu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan SURUHANJAYA TENAGA, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini. Terma dan syarat ini akan menggantikan syarat yang anda terima atau akses menerusi laman web ini sebelumnya. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya dianggap sebagai penerimaan terma-terma dan syarat semasa ini.

 

 

Pembayaran Dalam Talian


Sila baca syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian ini. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran atas talian di laman web ini anda secara langsung menerima terma ini.Jika anda tidak menerima syarat yang dikemukanan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini. Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat berikut : -

  • Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR - Malaysia Ringgit.

  • Untuk pembayaran melalui FPX, caj bank sebanyak RM 0.50 akan ditanggung oleh pemegang akaun untuk pembayaran melalui akaun individu & RM 1.00 untuk akaun syarikat.

  • Untuk bayaran melalui Kad Kredit, tiada sebarang caj dikenakan.

  • SURUHANJAYA TENAGA tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat. SURUHANJAYA TENAGA juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh pembekal kad kredit / debit anda bagi apa-apa sebab.

  • Jika pembekal kad kredit / debit menolak pembayaran anda, SURUHANJAYA TENAGA tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan bank / kredit / debit kad pembekal anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.

  • SURUHANJAYA TENAGA, dalam apa jua keadaan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa jua kerugian yang timbul daripada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan laman web ini, mana-mana laman web yang dikaitkan dengan laman web ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat pada mana-mana atau semua laman web tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada dimaklumkan atau tidak kemungkinan kerosakan tersebut .

  • Bayaran anda akan diterima oleh akaun agensi yang anda membuat pembayaran pada hari yang sama.

 

Pengesahan Pembayaran

Anda akan menerima pengesahan bayaran pada skrin anda selepas pembayaran dibuat. Anda boleh mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah selesai.

Bukti pembayaran tidak boleh digunakan sebagai resit rasmi. Resit rasmi akan diberikan oleh agensi dalam masa 2-3 hari waktu bekerja. Sekiranya anda tidak menerima resit rasmi dalam tempoh yang ditetapkan, sila hubungi kakitangan agensi yang bertanggungjawab.

 

Dasar Bayaran Balik

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran berlebihan telah didebit daripada akaun anda dan merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila hubungi agensi berkenaan dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau nombor rujukan.

 

Keselamatan

Semua butir-butir pembayaran yang dimasukkan melalui gerbang pembayaran ini adalah disulitkan (encypted) apabila anda, atau pengguna pihak ketiga membuat pembayaran. Komunikasi dari tapak dan juga ke pembekal perkhidmatan adalah disulitkan.

SURUHANJAYA TENAGA tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan pengguna dalam talian atau pihak ketiga dalam membuat pembayaran untuk melindungi data pada skrin mereka daripada dilihat oleh orang lain atau sebaliknya diperolehi oleh orang tersebut, semasa proses pembayaran dalam talian atau berkenaan dengan apa-apa peninggalan untuk menyediakan maklumat yang tepat semasa membuat bayaran dalam talian.

 

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa SURUHANJAYA TENAGA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khas, akibat langsung atau teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi kehilangan keuntungan, nama baik atau kehilangan nyata yang lain akibat daripada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;

  • kos penggantian barang dan perkhidmatan berikutan daripada pembelian apa-apa barang, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperolehi atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;

  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;

  • pernyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; dan

  • apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.


SURUHANJAYA TENAGA boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta. SURUHANJAYA TENAGA juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, yang mana didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa SURUHANJAYA TENAGA tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut

 

Perubahan Kepada Syarat Perkhidmatan

SURUHANJAYA TENAGA berhak pada bila bila masa merubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web ini atau dalam keadaan di luar kawalan, yang mana laman web mendapati perlu untuk merubah, mengubahsuai membatal atau menambah syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa untuk memastikan anda mengikuti sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat ini, anda akan mengakses dan meneliti syarat ini dari masa ke semasa dan secara tetap. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat (yang diubah atau diubahsuai dari masa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan syarat ini.

 

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan

SURUHANJAYA TENAGA berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa SURUHANJAYA TENAGA tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

 

Umum

Tajuk yang digunakan pada Terma dan Syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat ini. Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tersebut tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal berkuat kuasa dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu.