Kepada Pemegang Lesen Awam Pengagihan :

Adalah diingatkan bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] (“PDPA”) telah mula berkuatkuasa dan terpakai ke atas pihak tuan yang memproses data peribadi yang diperolehi daripada pengguna-pengguna elektrik  dalam transaksi komersil.

Tuan dikehendaki untuk mematuhi kehendak-kehendak di bawah Akta 709  tersebut dan untuk tujuan itu, sila hubungi dengan segera Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Laman Web : www.pdp.gov.my) untuk maklumat lanjut tentang kewajipan tuan.